Friday 18 January 2013

Annivesary 22nd feb 2012



 Alhamdulilah...22 Feb 2012 genaplah usia perkahwinan kami  7 tahun. Annivevsary kali ini kami sambut bersama permata-permata yang amat disayangi...
 Ini widad aleya Qistina berumur 10 bulan..Waktu ni Widad sedang menanti kelahiran adiknya yang sudah berusia 7 bulan di rahim ummi.
 Ini Muhammad Waiz Habibullah hero nombor dua..Alhamdulilah angah semakin mature..

Ini Muhammad Uwais Handzolah anak sulung kami yang cepat matang..Suka meniru gaya sepupunya bergaya, berdikari, dan sangat minat dengan kereta..
 Gambar widad lagi...Puteri pertama yang sangat rapat dan manja dengan Abi...Dikau umpama sang puteri yang menghiasi ruang istana cinta umi dan abi...
Kek Tema Pink, Tema dimajlis persandingan kami di ardul kinanah Mesir...SEGALANYA ADALAH KENANGAN YANG TERLALU INDAH....TERIMA KASIH YA ALLAH DIATAS ANUGERAH MU INI.

Thursday 3 November 2011

Kelahiran Sekular

    
   

“Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat”


Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan di antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama. Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) dimatikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kepentingan duniawi. Agama Kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyanyian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai di kawasan gereja sehinnga kini.


Urusan cara hidup bermasyarakat terus hanyut dengan berbagai-bagai teori dan ideologi. Kepercayaan kepada gereja semakin kurang dan gereja mulai kosong. Urusan perkahwinan yang selama ini masih lagi wujud melalui gereja semakin dilupakan. Sementara itu, pergaulan bebas yang tidak terkawal dan kini, ada Negara yang meluluskan perkahwinan sejenis dan institusi keluarga yang berpandukan agama semakin lemah fungsinya.


Ahli sains dan teknologi sudah berjaya mencapai kemajuan kebendaan. Mereka berjaya mencetuskan revolusi industri yang melahirkan pelbagai ciptaan baru bagi kemudahan perhubungan, pertahanan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. Mereka juga berjaya mencipta senjata pemusnah yang menjadikan manusia lebih ganas daripada binatang buas, mencipta bahan-bahan yang menghilangkan akal yang mengatasi arak dengan ciptaan berbagai jenis dadah yang merosakkan manusia.


Bidang industri dan pertanian menjadi semakin tamak hgaloba dan sanggup memudaratkan kesihatan dan memusnahkan alam sekitar. Ilmu pengetahuan dan rawatan perubatan yang semakin menjadi keperluan hidup manusia dijadikan sebagai satu perdagangan dan perniagaan tanpa rasa belas kasihan kepada golongan miskin, dan seterusnya manusia bertuhan diri sendiri dan gagal menjadi khalifah Allah di muka bumi.


Allah Ta'ala telah berfirman;


“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka tealah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Surah Ar-Rum: 41


Sesetengah pendapat cuba menipu dengan menegaskan sekularisme itu sebenarnya ilmu duniawi dan tidak bercanggah dengan Islam. Hakikatnya, sejarah itu yang menghasilkan pemisahan agama daripada urusan dunia dengan menolak kuasa agama dalam mempengaruhi urusan kehidupan terutamanya dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan. Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat.


Teori ini digunakan oleh gerakan Freemason dan rangkaian Zionisme yang menyokong Revolusi Perancis dan akhirnya melahirkan pelbagai ideologi ciptaan manusia. Nama-nama tokoh yang melahirkan teori dan ideologi itu seperti Darwin, Karl Marks, Adam Smith dan lain-lain.

Monday 31 October 2011

Hilful Fudhul Suatu Penelitian




“Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya .”
Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat di dalam Musnad Imam Ahmad
Pengenalan
Hilful Fudhul adalah  perjanjian yang paling terkenal di dalam sejarah semenanjung Tanah Arab sebelum Islam.  Jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti "perjanjian yang disertai sumpah yang utama". Nama Hilful Fudhul, diambil dari beberapa nama orang yang mengadakan perjanjian sejenis pada masa sebelumnya. Ketiga-tiga nama orang tersebut masing-masing bernama Fadhal, yaitu
  • Fadhal bin Fudholah,
  • Fadhal bin Wad'ah 
  • Fadhal bin al-Harist.
Berdasar pada keterangan kitab Siratul Halabiyah, ketiga-tiga orang tersebut telah mengadakan perjanjian yang bertujuan membela, menolong orang yang teraniaya. Kerana peristiwa perjanjian itu memang penting untuk diperingati dan bagi menghormati ketiga-tiga orang tersebut, maka para ketua Quraisy membulatkan suara menamakan perjanjian itu dengan Hilful Fudhul.
Sejarah Hilful Fudhul
Diriwayatkan, Apabila meninggalnya pemimpin utama kaum Quraisy iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim,  Bangsa Quraisy dipandang merosot oleh kabilah-kabilah lain sesudahnya peperangan fujjjar. Kelemahan ini timbul akibat kesalahan mereka sendiri. Masyarakat arab ketika itu tidak ada kesatuan dan persatuan yang sepakat. Ikatan kaum Quraisy dan kaum-kaum yg lain mulai longgar, ada diantara mereka yang cuba menguasai kedudukan-kedudukan penting yang sebelumnya, kedudukan-kedudukan itu hanya dikuasai oleh kaum Quraisy yang berketurunan Abdul Manaf . Semenjak zaman pemerintahan Qusai bin Kilab hinggalah zaman Abdul Mutalib , Kota Mekkah tidak pernah dicerobohi oleh sesiapa, kecuali pada zaman Abdul Mutalib iaitu pencerobohan oleh Abrahah dan tentera bergajahnya. Umum mengetahui Abrahah dan tenteranya sememangnya tidak terkalahkan oleh pasukan Quraisy dan kaum-kaum yang lain.
Ketidakstabilan ini diambil kesempatan oleh Kaum Hawazin untuk menyerang Kota Mekkah . Faktor yang lain ialah di kota Mekkah tiada Jabatan Polis dan Undang-undang yang menahan dan menghukum penjahat walaupun dikalangan pembesar yg mencabuli hak orang lain seperti orang yang sedang bermusafir dan sebagainya. Maksudnya jenayah memang berleluasa di Kota Mekkah dan tiada pencegahan serta hukuman. Kerana itu, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menindas kalangan bawah, dikeranakan tidak ada keadilan dan hukuman bagi pelaku penindasan dan tidak ada pula lembaga yang menguruskan masalah itu.
Atas daya usaha Az Zubair bin Abdul Mutalib ,pahlawan Bani Hasyim ,beliau mengumpulkan bani-bani yg terkemuka dr kaum Quraisy di rumah Abdullah bin Jud'an untuk bermesyuarat . Bani-bani yg terlibat adalah seperti berikut
  • Bani Hasyim
  • Bani Abdul Manaf
  • Bani Abdul Mutalib
  • Bani Zuhrah
  • Bani Taim
Keputusan mensyuarat adalah seperti berikut ;
  • Di Mekkah dan kawasan sekitarnya selepas ini tiada lagi penganiayaan walaupun ke atas hamba sahaya ,orang yang bermusafir ,berniaga ,penziarah , kanak-kanak ,wanita ,lelaki dan orang tua . Orang yang menzalimi akan dihukum manakala orang yang dizalimi akan mendapat pembelaan yg sewajarnya
  • Hukuman tidak mengira bangsa ,pangkat,keturunan dan warna kulit walaupun dikalangan kaum Quraisy akan dikenakan hukuman sekiranya mereka menganiaya ,mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal .
Pada ketika ini nabi baru berusia 20 tahun dan bagindalah peserta yang paling muda dimajlis tersebut. Walaupun begitu nabi sudah terkenal dengan seorang pemuda yang sangat jujur lagi amanah ,berfikiran cerdas dan tajam ,inilah faktor -faktor yang menyebabkan kaumnya memilihnya menjadi salah seoarang ahli mesyuarat yg penting ini .
Mesyuarat ini dikenali sebagai Hilful Fudhul . Hilful Fudhul berasal dari persetiaan 3 orang yang dari Bani Jurhum ,mereka adalah seperti yang ana nyatakan diatas tadi dalam bahagian pengenalan iaitu Fadhal bin Fudholah, Fadhal bin Wada'h dan Fadhal bin Al Harist.
Mereka bertiga berjanji akan membela orang yang dianiaya dan menghukum orang yang menganiaya tidak mengira rupa ,bangsa ,warna kulit dan pangkat dan sebagainya. Di atas peristiwa inilah mesyuarat yang di anjurkan oleh Az Zubair ini dikenali sebagai Hilful Fudhul .
Hasil daripada mesyuarat dikalangan kaum quraisy ini tidak sekadar teori dan retorik tetapi ia dilaksanakan dengan begitu baik sekali ,ia berjalan selama bertahun-tahun lamanya . Rasulallah s.a.w amat memandang tinggi perjanjian ini dan bersabda
" Sesungguhnya aku telah menyaksikan sumpah yg diadakan dirumah Abdullah bin Jud'am ,Aku tidak sekali kali suka mengambil unta yg baik demi menyalahi janji yang ada pada sumpah ini "
Perjanjian yang menafikan [meniadakan] semangat kefanatikan  jahiliyah yang biasanya timbul dari perasaan ashobiyah kebangsaan atau sukuisme (perkabilahan) disebutkan bahawa sebab disepakatinya perjanjian  ini adalah lantaran dari seorang pedagang dari Yaman bernama Zubaid, dia ditipu oleh penduduk Mekkah oleh kerana barang dagangan yang dibawa pedagang  tersebut telah dibeli oleh Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy namun harganya tidak  diselesaikan oleh penduduk Mekkah. Ketika pedagang tersebut meminta tolong kepada sekutunya iaitu Abdul Al Dar, Makhzum, Jumah, `Adi, dan para penduduk Mekkah, tidak ada seorang pun yang mempedulikannya. 
Oleh kerana itu dia menulis sebuah syair dan membacanya dengan keras di atas sebuah gunung,  kemudian Al Zubair Bin Abdul Muthalib bangun dan bertindak "Apa kalian ini semua bisu? Kemudian dengan hal itu mereka yang telah mengikat janji  Hilful Fudhul segera bertindak menemui Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy dan mengambil  barang dagangan lelaki dari yaman tersebut kemudian memulangkan  kepadanya, setelah mereka menyepakati perjanjian Al Fudhul Tersebut.
Rasulullah mengungkapkan kesaksiannya pada perjanjian Hilful Fudhul, saat beliau belum diangkat Allah menjadi Rasul:
"Ketika aku bersama para bapa sedaraku turut sebagai saksi dalam persekutuan di rumah Abdullah bin Jud'am, betapa senang hatiku menyaksikan hal itu. Seandainya setelah Islam datang, aku diajak mengadakan persekutuan seperti itu, pasti kusambut dengan baik.”
(Muhammad Al-Ghazaly, dalam Fiqhus Sirah).
Penerapan Kisah "Hilful Fudhul" di Masa Kontemporer. 
Peristiwa semisal Hilful Fudhul pernah diterapkan oleh salah seorang ulama yang berpegang kepada manhaj yang haq, manhaj Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Iaitu Fadhilatus Syeikh Abdul Aziz Bin Baz Rahimahullah dan Lajnah Ad Daimah Saudi Arabia. Ketika beliau berfatwa membolehkan Pasukan Amerika berada di Pinggir Padang Pasir Perbatasan dengan Iraq dan Kuwait ketika terjadi pencerobohan oleh Saddam Husein (Tokoh Parti Baats Sosialis) Irak ke Kuwait tahun 1992. Sebenarnya hal ini bukanlah hanya pendapat Syeikh Abdul Aziz Bin Baz rahimahullah saja, bahkan Imam Syafi'e rahimahullah pernah menyatakan hal tersebut Imam Syafi'e Rahimahullah menegaskan bahwa yang menjadi ukuran dalam boleh dan tidaknya tahaluf (yang ertinya secara etimologi dari kata al-hilfu yakni ai al-`ahdu iaitu perjajian, dan sumpah) dengan non muslim adalah kemaslahatan umat (lihat Mughni al-Muhtaj; 4/221).
Saat itu para ulama Lajnah Ad Daimah yang diketuai beliau berfatwa membolehkan meminta bantuan daripada non muslim dalam hal menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh saudara yang seagama. Apalagi negara tetangga Saudi Arabia sewaktu itu tidak satu pun yang mendokong negeri Saudi Arabia, bahkan mereka memberi bantuan moral kepada presiden Iraq yang nyata melakukan kezaliman saat itu dengan menceroboh Kuwait dan akan menyerang Saudi Arabia.
Ibrah Hilful Fudhul
Pertama; Keadilan adalah nilai sejagat yang harus dipertahankan. Penyertaan dan dokongan nabi Muhammad terhadap peristiwa tersebut bertujuan untuk memperkukuh sendi-sendi keadilan. Nilai-nilai kebenaran mesti didukung sekalipun muncul dari kaum jahiliah.
Kedua; Hilful Fudhul adalah sesuatu yang utopia dalam kegelapan jahiliah. Hal tersebut sebagai indikasi bahawa menyebarnya virus-virus yang merosak tuntutan moral dan agama pada suatu masyarakat tidak bererti nihilnya nilai-nilai kebaikan yang lain. Sekalipun masyarakat Mekah majoritinya penyembah berhala (paganisme) dan dekadensi moral merajalela seperti zina, riba dan kezaliman tetapi terdapat juga orang-orang yang berakhlak mulia yang mahu menegakkan keadilan dan menolak penganiayaan.
Ketiga; Kezaliman dengan segala bentuk dan tipunya bertentangan dengan ajaran Islam. Keadilan hendaknya ditegakkan tanpa memandang warna kulit, agama, dan suku.
Keempat; Legalitas hukum bolehnya melakukan perjanjian dan kesepakatan antara perbezaan agama dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan dengan mempertimbangakan pencapaian maslahat (kebaikan) dan mafsadat (kerosakan) dari segala aspek.
Kelima; Seorang muslim sepatutnya memiliki nilai positif untuk merealisasikan kebaikan lingkungan dan masyarakatnya, bukan sebagai penonton yang kagum atau terpana melihat hasil yang muncul dari proses tersebut.
Kesimpulannya
Sikap positif Rasulullah SAW terhadap Hilful Fudhul menegaskan betapa Islam mendukung sebuah perjanjian yang sarat dengan nuansa perlindungan dan pembelaan hak asasi manusia, walaupun inisiatif dari perjanjian tersebut datang dari kalangan non muslim, dan bahkan sebelum masa kerasulan nabi Muhammad SAW lagi.
Hadis tersebut menunjukkan sikap Nabi SAW yang sangat prihatin terhadap sebarang pakatan atau tindakan untuk menentang kezaliman . Biarpun sumpah setia ini berlaku sebelum kebangkitan Nabi SAW sebagai Rasul akhir zaman , tetapi naluri seorang nabi sangat terkesan dengan sebarang tindakan yang dilakukan untuk menentang kezaliman .
Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai keterlibatan beliau di dalam peristiwa Hilful Fudhul di zaman jahiliyyah, baginda menyatakan, jika peristiwa Hilful Fudhul (dimana mereka bahu-membahu untuk kemenangan) terjadi di masa kenabian maka Rasul memilih untuk ikut serta didalamnya. Dalam kesempatan lain Rasul pernah meminta pertolongan Muth’am bin Ady seorang Nasrani untuk kemanfaatan da’wah. Gambaran tersebut menunjukkan sejauhmana semua peluang dan kesempatan digunakan untuk kemaslahatan dakwah.
Dengan mengacu kepada peristiwa Hilful Fudul marilah kita renungkan hikmah dan pelajaran yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan kita. Diantara bentuk komitmen keimanan seseorang adalah kepekaannya terhadap masalah-masalah yang ada di sekitarnya. Ia dituntut untuk menjadi pelaku dan  penggerak dalam semua dimensi kebaikan bukan sebagai penonton, penghambat dan pengacau.
Wallahua’lam..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes